awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ustaz Ishak Din meninggal dunia

Bernama
Bernama
14/11/2016
15:30 MYT
Ustaz Ishak Din meninggal dunia
Jenazah dibawa pulang ke kediamannya di Taman Keramat di sini malam Isnin. - Foto Facebook Nabil Ahmad
Penceramah bebas, ustaz Ishak Din, yang juga abang kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din, meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 5.41 petang Isnin.
Perkara itu disahkan adik Allahyarham, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz ketika dihubungi Bernama di sini.
Menurut Abu Hassan, keadaan kesihatan abangnya yang berusia 78 tahun itu semakin merosot selepas menjalani pembedahan jantung di pusat perubatan itu pada Jumaat lepas.
"Allahyarham tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan koma selepas selesai menjalani pembedahan jantung itu," katanya.
Beliau berkata, jenazah akan dibawa pulang ke kediamannya di Taman Keramat di sini malam Isnin dan disolatkan di Masjid Al-Ansar Taman Keramat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat esok pagi.
Topic Berkaitan
#Abu Hassan Din
#Haron Din
#Ishak Din
#Ishak Din meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan