awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UUM tangguh proses kemasukan pelajar secara fizikal

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
04/10/2020
10:41 MYT
UUM tangguh proses kemasukan pelajar secara fizikal
UUM mengambil keputusan untuk menangguhkan proses pendaftaran pelajar baharu dan lama secara fizikal susulan peningkatan kes COVID-19. - Gambar fail
SINTOK:Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil keputusan untuk menangguhkan proses pendaftaran pelajar baharu dan lama secara fizikal susulan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia khususnya di negeri Kedah.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Profesor Madya Dr Hendrik Lamsali menjelaskan, penangguhan berkenaan akan berkuatkuasa sehingga satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.
"UUM mengambil maklum kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertarikh 2 Oktober 2020 mengenai Penangguhan Pendaftaran Secara Fizikal atau Bersemuka Pelajar IPT Kemasukan Oktober 2020.
"Susulan itu pihak universiti bersetuju untuk menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar sehingga ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak," jelasnya menerusi satu kenyataan pada Ahad.
Tambahnya, langkah berkenaan diambil bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar dan staf UUM terjamin.
Menurut beliau, UUM sebelum ini telah mengambil langkah proaktif sejak Februari lalu dengan perlaksanaan kelas menggunakan mod pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara "remote learning".
Sementara itu, bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, kesemua mereka boleh terus kekal berada di kampus dan pihak universiti akan membantu dari segala aspek dalam memenuhi keperluan yang diperlukan mereka.
Dr Lamsali turut menyatakan bahawa Minggu Suai Kenal (MSK) pelajar baharu pada 7 dan 8 Oktober 2020 akan diteruskan seperti biasa seperti yang dijadualkan sebelum ini iaitu secara dalam talian.
"Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) juga akan berjalan mengikut jadual secara atas talian mulai 11 Oktober 2020.
"UUM juga mematuhi setiap SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan KPT bagi mencegah penularan wabak ini seterusnya memastikan UUM kekal selamat," tambahnya.
Topic Berkaitan
#universiti utara malaysia
#UUM
#pendaftaran pelajar
#pendaftaran secara fizikal
#COVID-19
#Kedah
#Kementerian Pengajian Tinggi
#KPT
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan