awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: 77.7 peratus populasi keseluruhan lengkap vaksin

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2021
00:09 MYT
Vaksin COVID-19: 77.7 peratus populasi keseluruhan lengkap vaksin
seramai 2,705,253 individu atau 85.9 peratus golongan remaja telah melengkapkan dua dos. - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Seramai 25,370,746 individu atau 77.7 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, setakat Isnin.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 79.1 peratus atau 25,830,221 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Manakala seramai 22,665,493 individu atau 96.8 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Sementara 98.3 peratus atau 23,010,447 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2,705,253 individu atau 85.9 peratus telah melengkapkan dua dos.
Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.
Terdapat pertambahan 109,139 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 53,345,233 dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#COVIDNOW
#PICK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan