awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Keputusan suntikan untuk remaja diketahui hari ini

Astro Awani
Astro Awani
01/07/2021
22:13 MYT
Vaksin COVID-19: Keputusan suntikan untuk remaja diketahui hari ini
Keputusan akan dimaklumkan dalam kenyataan bersama kerana ada beberapa isu teknikal sedang dikemaskini. - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Keputusan berhubung pemberian vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada individu berusia 12 tahun ke atas, akan diumumkan, hari ini.
Jelas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin ia akan dimaklumkan dalam kenyataan bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Kata Khairy, pihaknya telah membuat keputusan bersama Menteri Kesihatan bagi individu berusia 12 tahun ke atas.
Keputusan akan dimaklumkan dalam kenyataan bersama kerana ada beberapa isu teknikal sedang dikemaskini.
Mengenai selang masa pemberian vaksin Comirnaty pula, ia masih kekal tiga minggu.
Pada Rabu, kerajaan dilapor sedang mempertimbangkan semula keputusan sama ada membenarkan golongan remaja menerima vaksin COVID-19 Comirnaty.
Ia susulan risiko keradangan pada jantung iaitu miokarditis dan perikarditis seperti yang dilaporkan di Amerika Syarikat, United Kingdom serta Singapura.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#remaja
#Dr Adham Baba
#Khairy Jamaluddin
#Pfizer-BioNTech
#COMIRNATY
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan