awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Lebih 25 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan

Bernama
Bernama
07/05/2022
02:52 MYT
Vaksin COVID-19: Lebih 25 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 19,105 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 4,382 dos pertama, 13,214 dos kedua dan 1,509 dos penggalak. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Sejumlah 894,826 atau 25.2 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.
Menurut laman web COVIDNOW, sebanyak 1,542,513 kanak-kanak atau 43.4 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,896,056 atau 93.1 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,993,641 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Dalam masa sama, sejumlah 16,040,212 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,967,814 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,243,830 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Sebanyak 19,105 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 4,382 dos pertama, 13,214 dos kedua dan 1,509 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,365,518.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak tujuh kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan tiga kes dilaporkan di Selangor, Kedah (dua) dan masing-masing satu kes di Perak dan Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Kanak-kanak
#PICKids
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan