awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: UM teliti dakwaan pelajar dihalang ambil peperiksaan

Bernama
Bernama
15/06/2021
03:50 MYT
Vaksin COVID-19: UM teliti dakwaan pelajar dihalang ambil peperiksaan
Pihak UM sedang meneliti perkara itu secara lebih terperinci dan terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak terbabit. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) memandang serius berhubung laporan polis yang dibuat seorang pelajar jurusan perubatan atas dakwaan pihak pentadbiran UM menghalang beliau menduduki peperiksaan kerana belum menerima suntikan vaksin COVID-19.
Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat UM Mohd Khairi Md Jaafar dalam satu kenyataan berkata pihak UM sedang meneliti perkara itu secara lebih terperinci dan terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak terbabit bagi menyelesaikan isu berkenaan.
"Sebagai sebuah universiti yang menerapkan nilai kebersamaan, Universiti Malaya sentiasa berjuang bersama-sama dengan rakyat Malaysia dalam memerangi wabak COVID-19.
"Adalah menjadi tanggungjawab Universiti Malaya untuk menyediakan kampus yang kondusif dan selamat kepada warga kampus dalam berdepan dengan pandemik ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar mengesahkan menerima laporan seorang pelajar UM berhubung isu itu dan berkata kes berkenaan masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#universiti malaya
#pelajar
#peperiksaan
#suntikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan