awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksinasi individu bawah 18 tahun di Sarawak perlu disegera - Dr Sim

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
11/08/2021
06:10 MYT
Vaksinasi individu bawah 18 tahun di Sarawak perlu disegera - Dr Sim
Dr Sim turut mendedahkan 114 kes atau 13.6 peratus daripada 836 kes yang dilaporkan berusia 18 tahun ke atas dan belum menerima vaksin. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Sarawak perlu bertindak proaktif dalam memastikan program vaksinasi COVID-19 diperluaskan kepada individu berusia 18 tahun ke bawah dengan segera.
Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata ia penting untuk memastikan golongan itu dilindungi daripada ancaman dan risko jangkitan virus.
Kebimbangan tercetus susulan laporan 31 peratus daripada 836 kes positif yang direkodkan di Sarawak pada Selasa melibatkan individu berusia bawah 18 tahun.
“Sudah tiba masanya kita mengambil langkah seterusnya, agar Kumpulan Penasihat Vaksin COVID-19 Sarawak (SCOVAG) untuk membuat penilaian supaya kumpulan itu diberi vaksin.
"Buat masa ini, Sarawak berada dalam landasan yang baik dan jauh ke depan dalam program imunisasi yang dijalankan,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya pada Selasa.
Kata Dr Sim, 29 peratus populasi di Sarawak adalah golongan berusia 18 tahun ke bawah.
Pemberian vaksinasi kepada kumpulan sasar itu perlu dijalankan dengan segera tanpa menunggu dasar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
"Kita tidak dapat menunggu lagi dasar PICK (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) dan meminta kepada SCOVAG untuk menilai kumpulan ini untuk divaksinasi," tegasnya.
Dalam hantaran sama, beliau turut mendedahkan 114 kes atau 13.6 peratus daripada 836 kes yang dilaporkan adalah mereka yang berusia 18 tahun ke atas dan belum menerima vaksinasi.
“116 kes (13.8 peratus) kes direkodkan telah mendapat suntikan dos pertama dan kumpulan ini akan berkurangan memandangkan program vaksinasi kini hampir 99.9 peratus disusuli dengan dos kedua.
"Daripada jumlah kes direkodkan, sebanyak 346 kes (41.4 peratus) telah lengkap dua dos, malah ia perlu dianalisis lanjut bagi mengesan kes yang didapati positif dalam tempoh 14 hari selepas suntikan terakhir,” katanya.
Untuk rekod pada Selasa, Sarawak catat 836 kes baharu yang mana kesemua jumlah kes itu adalah daripada kategori 1 dan 2 mengikut kelas klinikal.
Sebanyak 710 kes atau 84.93 peratus adalah tidak bergejala yang diklasifikasikan sebagai Kategori 1 manakala 126 kes (15.07 peratus) adalah dari kategori dua atau gejala ringan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#dos pertama
#kes positif
#dos kedua
#PICK
#program vaksinasi
#suntikan
#vaksin
#Dr Sim Kui Hian
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan