awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump kecam Meloni enggan sertai serangan ke atas Iran
Penggunaan media sosial buat remaja bawah 16 tahun perlu kawalan
Program Repatriasi Migran 2.0 catat kutipan hasil lebih RM114 juta - Zakaria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Venezuela, syarikat minyak AS meterai perjanjian bangunkan projek minyak

Bernama
Bernama
14/04/2026
07:03 MYT
Venezuela, syarikat minyak AS meterai perjanjian bangunkan projek minyak
Rodriguez berkata, perjanjian itu akan mengukuhkan kedudukan kedua-dua pihak dalam rantaian minyak Orinoco dan meningkatkan pengeluaran. - Gambar/ Reuters
Kerajaan Venezuela dan syarikat minyak Amerika Syarikat (AS) Chevron menandatangani beberapa perjanjian untuk membangunkan projek bersama dalam industri minyak, kata Pemangku Presiden Venezuela Delcy Rodriguez.
"Pemeteraian perjanjian ini akan membolehkan kami mencapai kemajuan ketara dalam meningkatkan pengeluaran," kata Rodriguez dalam satu majlis pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Beliau menambah perjanjian itu melibatkan pertukaran aset iaitu lesen medan gas akan ditukar dengan blok minyak Ayacucho-8, yang akan dimasukkan ke dalam Petropiar, satu usaha sama dengan syarikat milik kerajaan PDVSA.
Ini dijangka mengukuhkan kedudukan kedua-dua pihak dalam rantaian minyak Orinoco dan meningkatkan pengeluaran.
Seorang wakil Chevron memaklumkan perjanjian itu membuka peringkat baharu kerjasama dengan Venezuela.
Beliau menambah Chevron meningkatkan pegangannya dalam satu lagi projek bersama, Petroindependencia, kepada 49 peratus dan juga mengembangkan penglibatan keseluruhannya dalam projek di negara itu.
Rodriguez turut mengulangi gesaannya untuk AS menarik balik sekatan terhadap Venezuela, dengan menyatakan bahawa hal itu perlu untuk mendapatkan jaminan undang-undang dan menarik pelaburan dalam sektor tenaga.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#Venezuela
#Chevron
#Amerika Syarikat
#projek minyak
#Delcy Rodriguez
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan