awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

VIBES 2.0 permudahkan urusan veteran ATM

Bernama
Bernama
21/06/2023
22:15 MYT
VIBES 2.0 permudahkan urusan veteran ATM
Adly menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Portal VIBES 2.0 Go Live di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, Kuala Lumpur, 21 Jun 2023. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dapat meningkatkan kecekapan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada veteran tentera dan tanggungan mereka menerusi portal Veteran Integrated Benefit System (VIBES 2.0).
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata melalui sistem pangkalan data baharu tersebut, keupayaan pengurusan, pemantauan, pelaporan maklumat warga veteran dan waris akan lebih berkesan.
Katanya, hebahan maklumat pelbagai kemudahan, permohonan, semakan status permohonan, semakan faedah persaraan, tarikh jadual pencen, bantuan kebajikan, kemaskini maklumat peribadi dan waris, tuntutan perubatan serta pengurusan persatuan veteran boleh didapati dalam sistem tersbut.
"Perkhidmatan dalam talian sepenuhnya ini dijangka memberikan manfaat kepada lebih 200,000 warga veteran dan waris mereka," katanya kepada pemberita selepas pelancaran awal VIBES 2.0 Go Live dan sesi perjumpaan tahunan persatuan veteran ATM bersama JHEV di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan (MINDEF), di sini, semalam.
Beliau berkata kementerian sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian kerana isu veteran bukan hanya soal pencen tetapi paling besar sekali adalah kebajikan, kesihatan dan pendidikan anak-anak veteran.
Menurutnya, kementerian perlu melihat program jangka panjang untuk veteran bukan sahaja sedia ada tetapi mereka yang akan menjadi veteran.
"Lebih baik kita selesaikan secara menyeluruh," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adly Zahari
#JHEV
#VETERAN ATM
#VIBES 2 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan