awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic tamatkan had langganan Claude untuk OpenClaw berkuat kuasa hari ini
Gunung Semeru meletus, awan panas merebak 3.5 km
Bekas pegawai Oman gesa sekatan terhadap produk AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video dera bayi: Polis minta orang ramai beri maklumat

Bernama
Bernama
12/06/2019
00:47 MYT
Video dera bayi: Polis minta orang ramai beri maklumat
Wanita berkenaan dilihat memukul dan melambung seorang kanak-kanak yang sedang menangis.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung klip video kejadian seorang kanak-kanak dipukul dan didera oleh seorang wanita agar tampil bagi membantu siasatan.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Asmawati Ahmad berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung video yang tular di media sosial itu boleh menghubungi balai polis berhampiran.
Setakat ini, tiada laporan polis diterima mengenai kejadian itu, katanya dalam kenyataan di sini.
Semalam, tular sebuah rakaman video yang berdurasi 1 minit 36 saat di aplikasi WhatApps yang menunjukkan seorang wanita memukul dan melambung seorang kanak-kanak yang sedang menangis.
Topic Berkaitan
#Asmawati Ahmad
#bayi
#dera
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan