awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video 'Derhaka Ibu': Tiga beradik ditahan disyaki cederakan ibu

Bernama
Bernama
06/10/2023
07:42 MYT
Video 'Derhaka Ibu': Tiga beradik ditahan disyaki cederakan ibu
Aidi Sham berkata ketiga-tiga mereka yang berusia 17 hingga 29 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Port Dickson pada 6.30 petang semalam. - Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Tiga beradik lelaki ditahan semalam selepas disyaki mencederakan ibu kandungnya seperti dalam video yang tular di laman sosial beberapa hari lepas.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata ketiga-tiga mereka yang berusia 17 hingga 29 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Port Dickson di sini pada 6.30 petang.
"Hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan dadah, manakala ujian saringan air kencing adalah negatif. Ketiga-tiganya direman empat hari bermula hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.
Menurutnya polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan dengan memanggil beberapa saksi untuk membantu siasatan sebelum merujuk kepada pihak pendakwaan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, tular video "Derhaka Ibu" yang dimuat naik seorang pemilik akaun di Facebook berkaitan seorang lelaki yang melakukan kekerasan terhadap ibunya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiga beradik ditahan
#cederakan ibu
#polis Port Dickson
#video tular
#derhaka ibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan