awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video gaduh tular: Polis sedang buru tiga individu tempatan

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
17/09/2022
09:21 MYT
Video gaduh tular: Polis sedang buru tiga individu tempatan
Satu kes pergaduhan terjadi di Menglembu dan menjadi tular menerusi satu video di media sosial pada Sabtu.
IPOH: Polis sedang memburu tiga individu tempatan yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di Menglembu dekat sini menerusi satu video tular di media sosial pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan berkenaan kejadian itu pada jam kita 6.36 petang pada Jumaat.
Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sebuah kedai makan di Bandar Baru Menglembu kira-kira jam 6.22 petang, hari sama.
“Dalam kejadian itu, seorang lelaki warganegara Myanmar, 44 tahun, telah mengalami kecederaan luka di bahagian kepala dan tangan akibat dipukul oleh tiga orang lelaki warga tempatan dengan menggunakan kayu dan kerusi.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambahnya akibat kejadian itu mangsa mengalami cedera ringan dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun sebagai pesakit luar.
Dalam pada itu beliau berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian mangsa dipercayai telah mengganggu tiga suspek yang sedang minum di kedai berkenaan.
Katanya, mangsa dikatakan telah melakukan provokasi dan kemudian telah mendatangkan kemarahan semua suspek yang berusia lingkungan 20-an.
“Motif kejadian masih dalam siasatan. Walau bagaimanapun pihak polis sedang mengesan kesemua suspek yang masih bebas.
“Pada masa yang sama, pihak polis ingin meminta kerjasama daripada orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Amy Crystal Anak Barahen Tahir di talian 014- 3909719 untuk membantu siasatan lanjut,” tambahnya.
Terdahulu, tular di media sosial beberapa video pendek memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki dengan menggunakan beberapa objek dipercayai kerusi plastik dan kayu.
Topic Berkaitan
#video tular
#pergaduhan
#Menglembu
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan