awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video kaitkan seorang pemimpin Sabah dengan rasuah, SPRM panggil pemberi maklumat esok

Bernama
Bernama
11/03/2025
15:05 MYT
Video kaitkan seorang pemimpin Sabah dengan rasuah, SPRM panggil pemberi maklumat esok
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata langkah itu bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan terhadap pemimpin tersebut berdasarkan bukti baharu yang diterima daripada keterangan pemberi maklumat berkenaan. - BERNAMA
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil seorang pemberi maklumat esok bagi memberi keterangan berhubung video yang mengaitkan seorang pemimpin di Sabah dengan skandal rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata langkah itu bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan terhadap pemimpin tersebut berdasarkan bukti baharu yang diterima daripada keterangan pemberi maklumat berkenaan.
"Tidak ada isu SPRM cuba melambat-lambatkan atau cuba untuk melindungi mana-mana pihak dalam kes ini.
"Tugas SPRM hanya menyiasat dan bukan sebagai pembuat keputusan," katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara SPRM dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Berbuka Puasa di sini hari ini.
Pada majlis menandatangani nota kerjasama itu, SPRM diwakili Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy manakala DBKK diwakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah, disaksikan Azam.
Semalam, tular video berdurasi lebih empat minit yang mengaitkan pemimpin berkenaan dengan dakwaan rasuah projek perlombongan mineral di Sabah.
Azam berkata setakat ini SPRM belum mengambil keterangan pemimpin terlibat dan video yang tular di media sosial itu perlu dianalisis ketulenannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#skandal rasuah
#pemimpin di Sabah
#Azam Baki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan