awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video pelajar ditendang rakan sekelas viral di media sosial

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
06/09/2016
08:08 MYT
Video pelajar ditendang rakan sekelas viral di media sosial
Sebuah rakaman video yang memaparkan satu kes buli di sebuah sekolah tersebar dengan meluas di media sosial.
Sebuah rakaman video yang menunjukan kes buli di sebuah sekolah tersebar dengan meluas di media sosial.
Video berdurasi dua minit 27 saat itu menunjukkan dua pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah lengkap berbaju Melayu sedang bergaduh di dalam kelas.
Pembuli dilihat menumbuk, menendang, memukul dan melemparkan kerusi ke arah mangsa.
Mangsa juga dipukul sehingga terjatuh dan apabila dia cuba untuk bangun, pembuli dilihat mencekik dan menampar mukanya, sekali lagi.
Bagaimanapun, mangsa tidak cuba untuk melawan, malah hanya berdiam diri.
Sementara itu, rakan-rakan sekelas yang lain pula hanya berdiri di sekeliling dan menonton pergaduhan itu.
Ada yang ketawa, dan ada yang sibuk merakam pergaduhan tersebut dengan menggunakan telefon bimbit mereka.
Lebih menyedihkan, tiada seorang pelajar yang tampil menolong mangsa tersebut.
Hanya di saat-saat terakhir video berkenaan, seorang pelajar cuba meleraikan pergaduhan itu dengan berkata "Sudahlah," - tetapi pembuli tidak berhenti menyerang mangsa itu.
Buat masa ini, tempat dan tarikh kejadian masih belum dikenal pasti.
Video itu telah menerima kritikan hebat dari pengguna Facebook, di mana kebanyakan mereka menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat video ini dan mengambil tindakan secepat mungkin.
Topic Berkaitan
#kes buli
#Kini Trending
#media sosial
#video viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan