awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
Konflik Asia Barat: KKM pastikan keterjaminan bekalan ubat, peranti perubatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular: Polis tahan lelaki panjat tiang curi kabel di Ipoh

Bernama
Bernama
04/03/2026
06:54 MYT
Video tular: Polis tahan lelaki panjat tiang curi kabel di Ipoh
Video tular memaparkan seorang lelaki memanjat sebatang tiang telekomunikasi dipercayai untuk mencuri kabel pada waktu siang. - Gambar/ Media sosial
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai terbabit dengan cubaan mencuri kabel telekomunikasi dalam kejadian di Jelapang, Meru Raya di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menahan suspek kira-kira 2 petang dan turut merampas beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan perbuatan tersebut di lokasi kejadian.
"Suspek direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Abang Zainal Abidin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai atas kerjasama dan maklumat yang disalurkan.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak tepat di media sosial. Sebarang maklumat lanjut atau laporan kejadian jenayah boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Terdahulu tular di media sosial, video berdurasi 47 saat memaparkan seorang lelaki memanjat sebatang tiang telekomunikasi dipercayai untuk mencuri kabel pada waktu siang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes curi kabel
#video tular
#lelaki panjat tiang curi kabel
#Abang Zainal Abidin Abang Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan