awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Trump ulangi kritikan terhadap Jepun, Korea Selatan kerana tidak membantu dalam perang Iran
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam beri lesen kepada Starlink untuk operasi internet satelit

Astro AWANI
Astro AWANI
15/02/2026
07:42 MYT
Vietnam beri lesen kepada Starlink untuk operasi internet satelit
Langkah ini dijangka membantu merapatkan jurang liputan internet di luar bandar, memandangkan kadar penggunaan internet Vietnam menghampiri 80% populasi, namun akses di kawasan terpencil kekal terhad. -Gambar fail
Kerajaan Vietnam meluluskan lesen kepada Starlink, perkhidmatan internet satelit milik Elon Musk, untuk beroperasi secara rasmi di negara itu, sekali gus membuka jalan peluasan capaian jalur lebar berkelajuan tinggi melalui rangkaian satelit orbit rendah Bumi (LEO).
Menurut pihak berkuasa pengurusan frekuensi, unit tempatan Starlink Services Vietnam Co dibenar membangunkan empat stesen gerbang (gateway) serta mengendalikan sehingga 600,000 peranti terminal pada fasa permulaan, dengan syarat operasi tidak mengganggu rangkaian komunikasi sedia ada.
Kelulusan berkenaan melengkapi rangka kawal selia di bawah program perintis LEO yang membenarkan penggunaan frekuensi dan peralatan telekomunikasi khusus sehingga awal 2031, bertujuan menambah baik kesalinghubungan di kawasan pedalaman, pergunungan dan wilayah yang sukar dicapai rangkaian darat.
Media tempatan turut melaporkan kelulusan telekomunikasi dan frekuensi diberikan secara selari kepada Starlink oleh agensi berkaitan.
Langkah ini dijangka membantu merapatkan jurang liputan internet di luar bandar, memandangkan kadar penggunaan internet Vietnam menghampiri 80% populasi, namun akses di kawasan terpencil kekal terhad.
Perkembangan terbaharu itu juga berlaku ketika Vietnam–AS meneruskan rundingan perdagangan selepas Washington mengenakan tarif 20% ke atas barangan Vietnam pada tahun lalu.
Pusingan keenam rundingan diadakan baru-baru ini tanpa persetujuan muktamad setakat ini.
Laporan antarabangsa turut menyebut kemungkinan lawatan oleh pemimpin tertinggi Vietnam, To Lam, ke AS minggu hadapan, namun perkara itu belum disahkan oleh kerajaan.
Topic Berkaitan
#Starlink
#Vietnam
#internet satelit
#Leo
#rangkaian satelit orbit rendah Bumi
#peranti terminal
#pengurusan frekuensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan