awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Azizah persoal akhlak guru lelaki buat lawak rogol, KPM diminta siasat

Hakim Rahman
Hakim Rahman
25/04/2021
06:21 MYT
Wan Azizah persoal akhlak guru lelaki buat lawak rogol, KPM diminta siasat
Kelakuan guru lelaki yang didakwa mempersendakan jenayah rogol perlu diberi perhatian agar perkara seperti ini tidak berulang terutama di sekolah di mana seorang pelajar harus berasa selesa dan selamat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Dr Wan Azizah Wan Ismail menyelar tindakan seorang guru lelaki di Selangor yang didakwa membuat lawak rogol ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Katanya, kelakuan guru lelaki tersebut mempersendakan jenayah rogol perlu diberi perhatian agar perkara seperti ini tidak berulang terutama di sekolah di mana seorang pelajar harus berasa selesa dan selamat.
"Adalah tidak wajar juga apabila seorang guru lelaki menunjukkan akhlak yang sebegitu seolah-olah “mengajar” pelajar-pelajar lelaki yang ada bersama-samanya ketika itu dengan bahasa-bahasa lucah, menunjukkan sikap tidak hormat kepada wanita apatah lagi “membolehkan” jenayah rogol walaupun dalam bentuk gurauan," katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu bekas Timbalan Perdana Menteri yang jugabekas menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu mendesak agar pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) segera menyiasat kejadian tersebut dan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas guru yang terlibat jika terbukti sahih.
Sebelum ini seorang remaja perempuan mendakwa seorang guru lelaki membuat jenaka mengenai rogol ketika dalam kelas sehingga mencetuskan kemarahan di media sosial.
BACA: Pelajar dakwa guru galak perbuatan rogol
Menurut pelajar berkenaan, kata-kata yang tidak menyenangkan itu dibuat ketika membincangkan tentang gangguan seksual semasa kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolahnya yang terletak di daerah Kuala Selangor, pada Jumaat.
Remaja itu mendedahkan perkara itu dalam sebuah video di platform media sosial TikTok, yang kemudiannya diciap di Twitter.
Menurutnya, pelajar-pelajar perempuan di dalam kelas itu terkejut mendengar lawak tersebut, manakala pelajar-pelajar lelaki di situ hanya ketawa.
Topic Berkaitan
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#rogol
#kesihatan
#undang-undang
#jenayah
#Kuala Selangor
#guru
#akhlak
#Twitter
#KPM
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan