awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita cedera dihempap papan tanda

Sinar Harian
Sinar Harian
03/03/2024
10:52 MYT
Wanita cedera dihempap papan tanda
Tangkap layar video memaparkan detik-detik kejadian papan tanda tercabut diterbangkan angin sebelum menghempap mangsa di persimpangan lampu isyarat Tok Gajah di sini pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
JERANTUT: Seorang wanita cedera dihempap papan tanda yang tercabut diterbangkan angin kencang dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Tok Gajah dekat sini pada Sabtu.
Mangsa, G Muniammah, 57, mengalami lebam di mata dan dahi akibat kejadian terbabit
Video kejadian menimpa pekerja syarikat pembersihan Alam Flora itu tular di media sosial selepas dikongsi netizen dan mendapat perhatian pihak polis.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Azman Mat Kamis berkata, kejadian menimpa pekerja syarikat pembersihan Alam Flora itu berlaku kira-kira jam 5 petang dalam keadaan cuaca hujan lebat dan angin kencang.
Menurutnya, ketika kejadian mangsa sedang menunggang motosikal melepasi lampu isyarat hijau di persimpangan lampu isyarat terbabit.
"Secara tiba-tiba sebuah papan tanda tercabut akibat ditiup angin kencang sebelum menghempap mangsa.
"Mangsa telah dihantar ke Hospital Jerantut untuk menjalani rawatan lanjut selepas kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, pihak keluarga mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian, bagaimanapun siasatan lanjut tidak dijalankan kerana kejadian disebabkan bencana dan bukan kemalangan jalan raya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal
#hujan lebat
#G Muniammah
#persimpangan lampu isyarat Tok Gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan