awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dikerat: Polis giat kesan dua lagi anggota tubuh mangsa

Astro AWANI
Astro AWANI
15/02/2026
03:02 MYT
Wanita dikerat: Polis giat kesan dua lagi anggota tubuh mangsa
Jauteh berkata, pihaknya sedang giat mencari dua lagi anggota badan yang didakwa masih belum ditemui oleh anaknya. - Gambar fail/BERNAMA
Dua suspek kes bunuh dan kerat seorang wanita sebelum sebahagian anggota badannya ditemui di tempat pembuangan sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar, telah direman selama tujuh hari bermula Jumaat.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, perintah remah telah dimohon untuk pihaknya menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.
"Reman selama tujuh hari bermula semalam," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau berkata, selain siasatan dibuat, pihaknya sedang giat mencari dua lagi anggota badan yang didakwa masih belum ditemui oleh anaknya.
"Anggota badan tersebut masih dalam pencarian," katanya.
Sebelum itu, seorang lelaki mendakwa anak kepada wanita mangsa bunuh tersebut memaklumkan bahawa jenazah ibunya telah selamat dikebumikan namun dalam keadaan tidak sempurna.
Dalam siaran langsung di TikTok, beliau memaklumkan masih terdapat bahagian yang masih belum dijumpai ketika pengebumian dijalankan iaitu kaki kiri dan tangan kanan.
Dalam kejadian pagi Khamis lalu, mayat seorang wanita berusia 44 tahun yang dikerat ke beberapa bahagian ditemui oleh pekerja lori sampah yang melakukan kerja pembersihan sekitar kira-kira jam 7 pagi.
Susulan penemuan mayat tersebut, dua suspek berjaya ditahan dan polis memaklumkan bahawa suspek utama berusia 71 tahun merupakan tunang mangsa.
Kejadian tersebut disiasat sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#suspek direman
#Jauteh Dikun
#mayat wanita dikerat
#Polis Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan