awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditahan didakwa berucap berbaur hasutan di Himpunan Solidariti 'Justice For Zara'

Bernama
Bernama
03/09/2025
00:10 MYT
Wanita ditahan didakwa berucap berbaur hasutan di Himpunan Solidariti 'Justice For Zara'
Jasmin berkata, polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan kegusaran masyarakat melalui ucapan, khususnya di tempat terbuka.
TAWAU: Polis semalam menahan seorang wanita yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah semasa berucap pada Himpunan Solidariti Justice for Zara di sini, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata wanita berusia 23 tahun itu ditahan kira-kira 12.30 tengah hari di kawasan Batu 4, Jalan Apas di sini bagi membantu siasatan.
"Polis sedang merakam percakapannya dan siasatan lanjut diteruskan," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan kegusaran masyarakat melalui ucapan, khususnya di tempat terbuka.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti pihak tertentu," katanya.
Pada Isnin, media melaporkan polis menerima tiga laporan berhubung perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 506 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#Tawau
#Justice For Zara
#Yang Dipertua Negeri Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan