awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditahan salah guna kad debit penjawat awam - Polis

Bernama
Bernama
11/01/2024
15:21 MYT
Wanita ditahan salah guna kad debit penjawat awam - Polis
Polis mengesan satu kenyataan di Facebook yang dikeluarkan seorang lelaki berusia 35 tahun mengenai dakwaan kehilangan kad debit. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 44 tahun ditahan polis kerana disyaki menyalahgunakan kad debit seorang penjawat awam di sekitar Desa Petaling, di sini pada Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata wanita itu ditahan pada 7.45 malam oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Brickfields.
Beliau berkata, polis mengesan satu kenyataan di Facebook yang dikeluarkan seorang lelaki berusia 35 tahun mengenai dakwaan kehilangan kad debit.
"Hasil semakan mendapati terdapat dua transaksi pengeluaran daripada akaun miliknya pada 24 hingga 25 Dis lepas tanpa pengetahuan mangsa melibatkan kerugian RM4,400," katanya dalam kenyataan malam ini.
Amihizam berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita ditahan
#salah guna kad debit
#penjawat awam
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan