awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditemui tidak sedar diri dalam kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
30/11/2022
22:30 MYT
Wanita ditemui tidak sedar diri dalam kereta
Siasatan awal mendapati wanita berkenaan berada dalam kereta Proton Saga di tempat letak kereta berhampiran pasar. -Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang wanita ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di Pasar Berek 12 Kota Bharu, kira-kira jam 11.55 pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, polis menerima panggilan daripada pihak kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini mengenai kejadian itu.
Menurut beliau, maklumat diterima melibatkan seorang mangsa berusia 37 tahun.
"Wanita itu disahkan meninggal dunia pada jam 12.20 tengah hari," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Rosdi memberitahu, siasatan awal mendapati wanita berkenaan berada dalam kereta Proton Saga di tempat letak kereta berhampiran pasar.
"Hasil bedah siasat di Unit Forensik HRPZ II mendapati wanita itu mengalami komplikasi akibat hormon tiroid yang tinggi sehingga mengakibatkan kematian.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tidak sedar diri dalam kereta
#Pasar Berek 12
#Kota Bharu
#Proton Saga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan