awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dituduh bunuh rakan kongsi perniagaan

Bernama
Bernama
15/11/2023
06:06 MYT
Wanita dituduh bunuh rakan kongsi perniagaan
Nooraini Remali dituduh membunuh rakan perniagaannya di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu di Kuala Berang, dua minggu lepas. - Foto Bernama
MARANG: Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh wanita warga emas yang juga rakan kongsi perniagaannya di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu di Kuala Berang, dua minggu lepas.
Tertuduh Nooraini Remali, 35, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan manakala tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Dia didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Norzihan Abd Karim, 65, di hadapan pos pengawal Telekom Malaysia, Batu 23, di Kuala Berang dekat Hulu Terengganu, antara 3.20 pagi hingga 4 pagi pada 1 Nov lepas.
Kesalahan itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli menetapkan 15 Jan depan sebagai sebutan semula kes sementara menunggu hasil laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Akmal Mohd Jazlee manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hayyi Salim.
Sebelum ini seorang wanita ditahan pada 1 Nov lepas setelah mayat mangsa dengan 15 kesan tikaman di badannya ditemukan pengawal keselamatan di dalam longkang di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu, Kuala Berang dekat sini pada 4.35 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh rakan kongsi
#wanta dituduh membunuh
#Kuala Berang
#Mahkamah Majistret Marang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan