awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita hamil koma dipukul suami

Sinar Harian
Sinar Harian
12/05/2021
09:30 MYT
Wanita hamil koma dipukul suami
Perkongsian adik mangsa mendakwa kakaknya dikejarkan ke ICU selepas teruk dipukul oleh suaminya.- Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang wanita hamil parah dipercayai dipukul suaminya dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di sini.
Wanita tersebut mengalami keretakan tulang belakang, rahang, bahagian muka dan lebam di muka selain cedera di bahagian anggota badan lain, lapor Sinar Harian pada Rabu.
Kejadian yang menimpa wanita itu dimuat naik adik mangsa yang mendakwa kakaknya dikejarkan ke ICU selepas teruk dipukul oleh suaminya sendiri.
Menurut posting wanita berkenaan, otak kakaknya berdarah dan terpaksa menjalani pembedahan selama 12 jam dan kini kakaknya itu sedang koma.
Perkongsian itu menjadi tular di media sosial sekali gus mendapat kecaman hebat warga netizen.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Bagaimanapun katanya, perkara tersebut masih dalam siasatan dan tiada sebarang tangkapan dibuat sehingga kini.
Topic Berkaitan
#wanita hamil
#wanita koma
#unit rawatan rapi
#Johor Bahru
#polis
#wanita
#mangsa
#siasatan
#cedera
#lebam
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan