awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
Konflik Asia Barat: KKM pastikan keterjaminan bekalan ubat, peranti perubatan
Duta Rusia gesa AS kekalkan angkasa lepas sebagai ruang kerjasama, bukan persaingan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita hamil tujuh bulan maut dihentak suami guna lesung batu

Sinar Harian
Sinar Harian
13/02/2026
07:15 MYT
Wanita hamil tujuh bulan maut dihentak suami guna lesung batu
Mangsa ditemui meninggal dunia dalam bilik sebuah rumah sewa di tingkat dua dan dipercayai mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. - Gambar/ Sinar Harian
Seorang wanita hamil tujuh bulan maut dipercayai dibunuh suaminya menggunakan lesung batu di rumah sewa mereka di Kampung Makam di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, maklumat berhubung kejadian tragis itu diterima pada jam 7 pagi.
"Suspek berusia 35 tahun ditahan di sekitar lokasi kejadian pada jam 7.30 pagi. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 3 pagi.
"Mangsa berusia 34 tahun dan suaminya merupakan etnik Rohingya," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Beliau berkata, mangsa ditemui meninggal dunia dalam bilik sebuah rumah sewa di tingkat dua dan dipercayai mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selepas dihentak menggunakan objek tumpul yang disyaki lesung batu.
Yusof berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#suami bunuh isteri
#lesung batu
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan