awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita hilang ditemui lemas di Tumpat

Bernama
Bernama
07/12/2013
09:35 MYT
Wanita hilang ditemui lemas di Tumpat
Seorang wanita yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Jubakar Darat, Simpangan, Tumpat, ditemui mati lemas dan terdampar di Pantai Sri Tujuh, semalam.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Zaharudin Rasip berkata mayat wanita berusia 38 tahun itu ditemui terdampar oleh pemancing di pantai tersebut pada 6.30 petang, kira-kira satu kilometer dari kawasan perkelahan di pantai itu.
"Anggota keluarga mangsa telah membuat laporan polis pada 4 Dis lepas dan pada hari sama, ada laporan daripada orang awam mengenai penemuan kereta yang digunakan oleh mangsa di kawasan sekitar.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan mendapati mangsa mati akibat lemas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Katanya mayat wanita itu telah dituntut oleh anggota keluarganya sejurus selepas bedah siasat selesai.
Topic Berkaitan
#ditemui
#lemas
#mangsa
#Tumpat
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan