awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
[TERKINI] Sultan Sharafuddin tidak berkenan penternakan babi di Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita lari daripada polis, pandu secara berbahaya di Bangi ditahan

Bernama
Bernama
22/05/2023
11:30 MYT
Wanita lari daripada polis, pandu secara berbahaya di Bangi ditahan
Wanita berusia 26 tahun itu bersama seorang penumpang lelaki berusia 38 tahun berjaya ditahan di Jalan Persiaran Bandar Baru Bangi dengan bantuan beberapa kenderaan peronda polis. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditahan selepas memandu kereta secara berbahaya bagi melarikan diri daripada polis dalam satu kejadian di Bandar Baru Bangi, Kajang dekat sini semalam.
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, wanita berusia 26 tahun itu bersama seorang penumpang lelaki berusia 38 tahun berjaya ditahan di Jalan Persiaran Bandar Baru Bangi dengan bantuan beberapa kenderaan peronda polis.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pemeriksaan terhadap kenderaan berkenaan telah membawa kepada penemuan hablur kristal dianggarkan seberat 2.1 gram dipercayai dadah jenis syabu.
"Ujian air kencing terhadap pemandu dan penumpang kereta berkenaan mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine, selain kedua-dua mereka mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan dadah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Zaid berkata insiden yang tular di sosial media itu bermula selepas suspek bertindak memecut kenderaan dipandunya sebaik diarahkan berhenti oleh pasukan peronda polis setelah dikesan mencurigakan di Jalan Kajang Utama.
Menurutnya suspek yang memandu secara berbahaya ketika cubaan melarikan diri itu turut merempuh palang tol di Plaza Tol Sungai Ramal dan mengakibatkan beberapa kenderaan awam dan sebuah kereta peronda rosak.
Menurut Mohd Zaid kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga 24 Mei ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(3) / 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lari daripada polis
#pandu berbahaya
#positif dadah
#bangi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan