awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
Konflik Asia Barat: KKM pastikan keterjaminan bekalan ubat, peranti perubatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut kereta dihempap pokok tumbang

Astro Awani
Astro Awani
22/04/2017
12:24 MYT
Wanita maut kereta dihempap pokok tumbang
Keadaan pokok yang tumbang hingga meragut nyawa seorang wanita yang berada dalam sebuah kereta hari ini. - Foto Astro AWANI
Seorang wanita maut apabila kereta dinaiki dihempap pokok tumbang di Jalan Gopeng berdekatan Hotel Hillcity, di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu, mangsa yang berada di dalam kereta jenis Proton Wira berkenaan maut di Hospital Raja Permaisuri Bainun ketika mendapatkan rawatan.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Ali Hairi Sulaiman berkata pokok berkenaan tumbang secara tiba-tiba ke atas kereta dinaiki mangsa yang ketika itu sedang melalui jalan itu.
“Pihak bomba menerima laporan kejadian itu pada jam 3.32 petang sebelum bergegas ke lokasi dan setibanya jentera di tempat kejadian didapati pokok tumbang telah menghempap sebuah kereta Proton Wira.
“Terdapat tiga mangsa dewasa di dalam kenderaan itu, dua perempuan dan seorang lelaki, kesemuanya dikeluarkan oleh orang awam. Anggota bomba telah menjalankan kerja pemotongan pokok tersebut yang menghalang jalan.
"Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital menggunakan ambulans dan kemudiannya kami telah mendapat maklumat salah seorang mangsa telah maut ketika mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian pada Sabtu.
Tambah beliau operasi memotong dan mengalihkan pokok tumbang itu berakhir pada jam 4.27 petang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong memberitahu pihaknya masih lagi sedang menunggu laporan mengenai insiden berkenaan.
Topic Berkaitan
#bomba
#kereta
#mangsa
#maut
#Pokok tumbang
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan