awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
Bangladesh lancar kempen vaksinasi demam campak kecemasan di tengah peningkatan kematian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut kereta terhumban ke dalam gaung

Azee Shafy
Azee Shafy
17/06/2023
06:19 MYT
Wanita maut kereta terhumban ke dalam gaung
Mangsa yang memandu kereta Toyota Rush dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam 15 meter. - Foto JBPM
MARAN: Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu terhumban ke dalam gaung sedalam 15 meter di Jalan Lubuk Yu dekat Sungai Jering, di sini, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.34 pagi dan seramai enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka dikejarkan ke lokasi kejadian.
Orang ramai berjaya mengeluarkan mangsa sebelum ketibaan pasukan bomba. - Foto GBPM
Orang ramai berjaya mengeluarkan mangsa sebelum ketibaan pasukan bomba. - Foto JBPM
"Mangsa yang memandu kereta Toyota Rush dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam 15 meter, hingga ke sungai berdekatan.
"Orang ramai berjaya mengeluarkan mangsa sebelum ketibaan pasukan bomba dan pasukan bomba menggunakan tali dan pengusung untuk menaikkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan. - Foto JBPM
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan. - Foto JBPM
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan, dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#kereta jatuh gaung
#wanita maut
#Maran
#bomba pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan