awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena

Sinar Harian
Sinar Harian
22/05/2024
16:57 MYT
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena. - Sinar Harian
SUNGAI PETANI: Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena di Jalan Sidam Kiri, di sini pada Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Syukri Hashim berkata, pihak bomba menerima panggilan pada jam 8.11 malam berhubung kejadian.
Menurutnya, operasi mengeluarkan mangsa dilakukan anggota BBP Tikam Batu dan BBP Amanjaya yang dikejarkan ke lokasi sejurus kemudian.
"Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat dua mangsa perempuan dilaporkan tersepit.
"Seorang mangsa berusia 40-an dilaporkan telah meninggal dunia manakala seorang lagi mengalami kecederaan di bahagian muka," katanya.
Bagaimanapun, katanya, setakat ini, identiti mangsa terlibat masih belum dapat dikenal pasti.
Mangsa cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk rawatan lanjut, manakala seorang lagi yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.
"Kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan turut dijalankan anggota di lokasi kejadian.
"Operasi tamat pada jam 10.43 malam," katanya.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan
#kereta
#Lori
#bertembung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan