awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut setelah terjun dari kereta

Bernama
Bernama
05/10/2015
14:15 MYT
Wanita maut setelah terjun dari kereta
Mangsa dan beberapa orang temannya sedang dalam perjalanan menghala ke Jalan Kaingaran dari Kampung Sunsuron untuk ke kebun Yalina bagi mengutip halia. - Gambar Fail
Seorang wanita maut selepas bertindak terjun dari kereta yang dinaikinya di Kilometer 6, Jalan Tambunan-Kaingaran pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata Sabinah Basilan, 60, dari Kampung Sunsuron dipercayai berbuat demikian kerana panik apabila kereta yang dinaikinya bersama lima penumpang lain terhenti di laluan curam akibat masalah enjin dan menyebabkan kereta berkenaan terundur menuruni bukit.
“Mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang telah membuka pintu kereta dan terjun untuk menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata lima yang lain itu termasuk pemandu kereta tersebut selamat.
Mereka yang terselamat dalam kejadian 10.45 pagi itu dikenali sebagai Yalina Giasan, 57, Pelina Giasan, 49, Hedwig Zosimus, 27, Milin Giasan, 67, serta Hedwig Francis, 38.
Mereka dilapor dalam perjalanan menghala ke Jalan Kaingaran dari Kampung Sunsuron untuk ke kebun Yalina bagi mengutip halia.
Topic Berkaitan
#Douglas Nyeging Taong
#Kampung Sunsuron
#maut
#Sabinah Basilan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan