awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita panik nampak ular dalam kereta ketika memandu

Sinar Harian
Sinar Harian
08/05/2022
22:40 MYT
Wanita panik nampak ular dalam kereta ketika memandu
Seorang wanita memberhentikan kereta di lorong kecemasan Kilometer 26.7 Lebuh raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) selepas panik ternampak ular di dalam kereta. -Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang wanita memberhentikan kereta di lorong kecemasan Kilometer 26.7 Lebuh raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) selepas panik ternampak ular di dalam kereta.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menerusi kemas kini di Facebook berkata, kejadian sekitar jam 6 petang pada Ahad itu disedari anggota JPJ yang sedang membuat rondaan di kawasan tersebut.
Menurut kenyataan itu, pasukan peronda diketuai Ahmad Khairuddin Khalid @ Othman bersama dua anggota bertindak melakukan pemeriksaan pada kenderaan berkenaan.
"Pemandu kenderaan dan anaknya keluar daripada kenderaan dan memaklumkan terdapat seekor ular di bahagian letak kaki pemandu dan meminta bantuan anggota JPJ untuk mencari ular tersebut.
"Setelah memeriksa kereta tersebut, ular jenis tedung telah dijumpai dan berjaya dikeluarkan daripada kenderaan," menurut kenyataan di Facebook pada Ahad.
Tambah kenyataan tersebut, pemandu kenderaan tersebut mengucapkan terima kasih di atas bantuan serta tindakan pantas yang diberikan oleh anggota JPJ bertugas.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lebuh Raya Elite
#ular dalam kereta
#JPJ Selangor
#Ahmad Khairuddin Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan