awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita PKR syor wujudkan undang-undang keganasan wanita

Bernama
Bernama
02/02/2019
20:47 MYT
Wanita PKR syor wujudkan undang-undang keganasan wanita
Haniza berkata semakin banyak kes membabitkan keganasan terhadap wanita dilaporkan.
Pergerakan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesyorkan supaya satu undang-undang khusus berhubung keganasan terhadap wanita diwujudkan bagi membolehkan tindakan diambil ke atas mereka yang melakukan keganasan terhadap wanita, termasuk yang berkaitan gangguan seksual.
Ketuanya Haniza Talha berkata setakat ini belum ada peraturan khusus yang ditetapkan mengenainya, kerana apa yang ada kini hanya garis panduan untuk menangani gangguan seksual ditempat kerja, dan ia tidak memadai kerana ada yang buat kesalahan tetapi hanya diberi amaran.
"Kita mahu kerajaan khususnya Kementerian Hal Ehwal Wanita dan Keluarga lebih tegas dalam perkara ini supaya pesalah dikenakan tindakan sewajarnya dan hak wanita terbela," katanya kepada pemberita di Konvensyen Wanita Keadilan Zon Timur 2019 pada Sabtu.
Konvensyen dengan tema "Hentikan Keganasan Terhadap Wanita" itu turut dihadiri Ketua Wanita PKR Zon Timur, Nor Hanazalmah Mat Yusoff (Kelantan), Sitarunisah Ab Kadir (Pahang) dan Sharifah Norhayati Syed Omar (Terengganu).
Haniza berkata semakin banyak kes membabitkan keganasan terhadap wanita dilaporkan, namun oleh kerana tiada peraturan khusus dan bimbang dikenakan tindakan atau dibuang kerja, pihak wanita biasanya mengambil pendekatakan mendiamkan diri dan terus berada dalam lingkaran keganasan itu.
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya berkata wanita yang terlibat dengan keganasan boleh mendapatkan khidmat nasihat guaman percuma yang disediakan pihaknya di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Haniza Talha
#keganasan
#kerajaan
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#undang-undang
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan