awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita rugi lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
13/05/2024
15:29 MYT
Wanita rugi lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Polis berkata wanita itu mendakwa ditawarkan menyertai pelaburan berkenaan selepas menerima e-mel pada Februari lepas daripada seorang lelaki warga asing yang mendakwa daripada pihak keselamatan siber sebuah syarikat. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang pesara kerugian RM619,390 selepas terperdaya dengan pelaburan secara dalam talian tidak wujud.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata wanita berusia 56 tahun itu mendakwa ditawarkan menyertai pelaburan berkenaan selepas menerima e-mel pada Februari lepas daripada seorang lelaki warga asing yang mendakwa daripada pihak keselamatan siber sebuah syarikat.
"Mangsa ditawarkan menyertai pelaburan kripto yang menjanjikan keuntungan antara 35 hingga 50 peratus pada setiap bulan berdasarkan jumlah wang yang akan dilaburkan.
"Lelaki terbabit turut mendakwa boleh membantu mangsa mendapatkan semula wang pelaburan Forex yang dibuat mangsa pada 2020, jika mangsa membuat beberapa transaksi bayaran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa telah membuat 28 transaksi pembayaran ke tujuh akaun bank berbeza antara 19 Feb hingga 7 Mei lepas sebelum berasa curiga dan tampil membuat laporan polis semalam.
Menurut Kumar pihaknya sedang menyiasat lanjut kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerapa menipu.
Beliau berkata sejak Januari lepas hingga semalam sebanyak 255 kes pelaburan seumpama itu telah direkodkan dengan kerugian membabitkan RM21.24 juta.
Justeru itu, beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada terutama melibatkan urusan transaksi kewangan dan mengikuti laman Facebook serta TikTok Jabatan Siasatan Jenayah Komersial bagi mendapatkan maklumat berkaitan modus operasi jenayah komersial seperti penipuan pelaburan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita
#pesara
#pelaburan tidak wujud
#polis johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan