awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita, teman lelaki didakwa dera anak kandung

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
25/08/2021
05:29 MYT
Wanita, teman lelaki didakwa dera anak kandung
Pasangan kekasih itu didakwa mendedahkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun kepada bahaya sehingga menyebabkan kecederaaan 14 Ogos lalu.- Foto Astro AWANI
AYER KEROH: Seorang wanita dan teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas dakwaan mendera anak kandung perempuannya berusia lima tahun, minggu lalu.
Tertuduh Tan Meei Yun, 30; dan lelaki berkenaan Chua Wai Hon, 38; membuat pengakuan bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.
Maziah bagaimanapun menetapkan 29 September ini bagi menetapkan hukuman sementara menunggu laporan lengkap fakta hukuman kes.
Mengikut pertuduhan, pasangan kekasih itu telah mendedahkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun kepada bahaya sehingga menyebabkan cedera di sebuah rumah di Bandar Hilir, kira-kira 11.30 pagi, 14 Ogos lalu.
BACA: Ibu kandung, teman lelaki ditahan disyaki dera anak berusia 5 tahun
Justeru mereka didakwa mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda maksima RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Pasangan yang tidak diwakili peguam itu terdahulu memohon mahkamah membenarkan jaminan yang rendah memandangkan lelaki berkenaan hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala wanita itu tidak berkerja.
Hakim Maziah pada penghakimannya kemudian membenarkan kedua-dua mereka dijamin RM5,000 dan menetapkan 29 September depan sebagai tarikh hukuman selain mengarahkan tertuduh untuk tidak mendekati mangsa yang kini berada dibawah jagaan ibu saudaranya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Wahidah Mohamad.
Sebelum ini media melaporkan, polis menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang disyaki didera ibu kandung dan teman lelakinya itu di Bandar Hilir.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman memaklumkan, kanak-kanak malang itu diselamatkan selepas menerima maklumat awam.
Hasil siasatan awal turut mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada bahagian tubuh badan kanak-kanak itu, dipercayai akibat dipukul.
Topic Berkaitan
#dera anak
#anak kandung
#Kanak-kanak
#Bandar Hilir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan