awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malam Legasi Adibah Amin: Minda tajam, kosa kata kekal dalam ingatan
KPM mula siasatan dalaman insiden pelajar maut dirempuh - Fadhlina
[TERKINI] Trump umum operasi sekatan Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita tikam kekasih ketika lakukan hubungan seks ada rekod dadah - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
04/04/2024
10:40 MYT
Wanita tikam kekasih ketika lakukan hubungan seks ada rekod dadah - Polis
Lokasi mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di hadapan tandas awam di Dataran Lemang Manek Urai, Kuala Krai. -Foto ihsan pembaca
KOTA BHARU: Wanita yang bertindak menikam kekasihnya semasa melakukan hubungan seks dalam kejadian di Dataran Lemang, Manek Urai, Kuala Krai, pada Isnin lalu mempunyai rekod jenayah lampau berkait dadah.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.
"Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula Rabu sehingga 9 April ini," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Menurutnya, suspek berusia 28 tahun itu berasal dari Terengganu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang wanita ditahan selepas dipercayai menikam seorang lelaki menggunakan sebilah pisau pemotong sayur semasa melakukan hubungan seks di Kuala Krai.
Suspek yang berusia 28 tahun itu dikatakan telah menikam mangsa dipercayai kekasihnya sebanyak tiga kali di bahagian perut. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tikam kekasih
#hubungan seks
#rekod dadah
#pisau pemotong sayur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan