awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita UMNO terus perjuangkan agenda pemerkasaan wanita

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
26/11/2013
08:43 MYT
Wanita UMNO terus perjuangkan agenda pemerkasaan wanita
Mesyurat Exco Wanita yang pertama bagi penggal 2013-2016 menetapkan supaya Wanita UMNO terus memperjuangkan agenda mengarusperdanakan pergerakan itu sebagai tulang belakang parti.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memaklumkan, Wanita UMNO akan terus memberi fokus sebagai jentera pilihanraya dan jentera politik bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14.
"Masanya sudah tiba pengiktirafan diberi kepada wanita sebagai tulang belakang."
"Sayap Pemuda belah kanan, Puteri sebelah kiri dan kami sebagai wanita jadi tulang belakang. Biar kami sebagai ibu dalam parti jadi tulang belakang," kata Shahrizat.
Jelasnya, melalui resolusi tersebut, jentera pilihanraya Wanita UMNO akan terus menjalankan gerak kerja pilihanraya melalui Jalinan Rakyat dan isu kebajikan serta kemasyarakatan melalui Skuad Sayang. Sementara, melalui jentera politik parti, Wanita UMNO akan terus memperjuangkan isu berkaitan wanita, keluarga dan masyarakat terutama pemerkasaan wanita dalan bidang ekonomi dan sosial.
Shahrizat pada masa sama, memohon pertimbangan Pengerusi Perhubungan Negeri supaya memberi ruang kepada wanita dalam biro politik negeri.
"Saya nak minta kepada pengerusi perhubungan supaya mempertimbangkan, melantik setidak-tidaknya seorang wanita di biro politik negeri, sama ada setiausaha, bendahari ataupun ketua penerangan," tambahnya.
Wanita UMNO juga menubuhkan Sekretariat Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia, JUWITA di ibu pejabat serta 191 pejabat Wanita UMNO bahagian di setiap kawasan parlimen sebagai mekanisme baru memperkukuh perjuangan pergerakan itu untuk ibu tunggal pelbagai kaum di seluruh negara.
Tambahnya, pengumuman bagi jawatan pegawai kebangsaan dan di peringkat negeri akan dibuat dalam masa terdekat.
Shahrizat ditemui selepas mempengerusikan Mesyurat Exco Wanita yang pertama bagi penggal 2013-2016 di ibu negara
Beliau juga mengadakan perjumpaan bersama 191 Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, di mana 118 penyandang dan 73 yang lain muka baru dalan Majlis Ramah Mesra dan Taaruf.
Topic Berkaitan
#Shahrizat Abdul Jalil
#Wanita UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan