awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga emas maut kereta dinaiki terbabas ke gaung

Bernama
Bernama
10/11/2024
23:30 MYT
Wanita warga emas maut kereta dinaiki terbabas ke gaung
Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dipandu anaknya terjatuh ke dalam gaung di KM26 Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Kampung Tengah, Gemencheh, semalam. - Foto Sinar Harian
TAMPIN: Seorang wanita warga emas maut apabila kereta dinaikinya terbabas ke dalam gaung di KM26 Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Kampung Tengah, Gemencheh, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang ketika wanita berusia 67 tahun itu, anak lelakinya berusia 34 tahun yang juga pemandu kereta serta seorang lagi individu dalam perjalanan dari Melaka untuk pulang ke rumah mereka di Palong 1 dekat sini.
"Berdasarkan siasatan awal, kereta jenis Honda City dipandu anak lelaki mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter, yang berada di sebelah kiri laluan.
"Kemalangan itu menyebabkan wanita terbabit yang merupakan penumpang belakang meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.
Beliau berkata pemandu kereta itu mengalami patah tulang belakang manakala penumpang hadapan cedera ringan, kedua-duanya kini dirawat di Hospital Tampin.
Kemalangan berkenaan, katanya sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas maut
#kereta terbabas
#Jalan Tampin-Gemas
#gaung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan