awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga emas patah tangan akibat diragut

Sinar Harian
Sinar Harian
12/02/2024
07:34 MYT
Wanita warga emas patah tangan akibat diragut
Seorang wanita warga emas (duduk) cedera akibat di ragut di Taman Muda, di sini, pada Sabtu. -Foto IPD Ampang Jaya. (Gambar kecil: Mohd Azam)
AMPANG: Seorang wanita warga emas cedera di leher dan patah tangan kanan akibat diragut seorang penunggang motosikal di hadapan sebuah restoran di Taman Muda, di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pada jam 5 petang, mangsa berusia 72 tahun mahu ke kedai membeli barang.
"Suspek yang menunggang sebuah motosikal telah meragut seutas rantai emas milik mangsa dari arah belakang lalu melarikan diri.
"Akibat kejadian itu mangsa telah cedera di leher dan patah tangan kanan kerana terjatuh," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mohd Azam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal
#warga emas
#rantai emas
#Taman Muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan