awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga Indonesia lemas di tasik di Cheras

Astro AWANI
Astro AWANI
10/03/2026
00:10 MYT
Wanita warga Indonesia lemas di tasik di Cheras
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air sebelum pasukan PPDA melakukan selaman pada jam 10.10 malam. - Foto JBPM Selangor
Seorang wanita warga Indonesia berusia lingkungan 30-an ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjun ke dalam tasik di Taman Tasik Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn, di Cheras, ketika cuba melarikan diri daripada pihak kedutaan, pada Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.35 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn tiba di lokasi kira-kira empat minit kemudian.
"Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melibatkan anggota dari BBP Pelabuhan Klang, BBP Shah Alam dan BBP KLIA.
“Operasi mencari dan menyelamat dijalankan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air sebelum pasukan PPDA melakukan selaman pada jam 10.10 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa berjaya ditemukan pada jam 10.19 malam pada jarak kira-kira enam meter dari tebing tasik dengan kedalaman tiga meter.
"Mangsa kemudian dibawa naik ke permukaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.
Topic Berkaitan
#warga Indonesia
#terjun tasik
#Bandar Tun Hussein Onn
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan