awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Bangladesh disyaki terlibat gerakan militan IS ditahan di bawah SOSMA - KPN

Bernama
Bernama
30/06/2025
05:55 MYT
Warga Bangladesh disyaki terlibat gerakan militan IS ditahan di bawah SOSMA - KPN
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata ada antara mereka yang ditahan telah dihantar pulang ke negara asal. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Beberapa individu daripada 36 warga Bangladesh yang disyaki terlibat gerakan militan berasaskan fahaman ekstremis Islamic State (IS) ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ringkasan AI
  • 36 warga Bangladesh disyaki terlibat dengan fahaman ekstremis IS, dengan beberapa individu ditahan di bawah SOSMA, manakala selebihnya telah diusir atau masih disiasat.
  • Tiada rakyat Malaysia direkrut dalam rangkaian militan tersebut, menurut siasatan Pasukan Cawangan Khas PDRM.
  • Penahanan dibuat melalui tiga fasa operasi keselamatan di Selangor dan Johor sejak 24 April 2025, seperti dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata ada antara mereka yang ditahan telah dihantar pulang ke negara asal.
"Ada yang kita simpan dan tahan di bawah SOSMA. Selebihnya kita telah usir keluar manakala beberapa lagi masih lagi dalam tahanan dan memerlukan siasatan lanjut," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas majlis serah tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman hari ini.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang direkrut dalam satu rangkaian militan berkaitan warga Bangladesh, seperti yang didedahkan baru-baru ini.
Beliau berkata hasil siasatan Pasukan Cawangan Khas PDRM, kumpulan yang membawa masuk fahaman pelampau berasaskan ideologi IS ke dalam negara ini melibatkan warga Bangladesh sahaja.
Pada Jumaat lepas, Saifuddin Nasution juga dilaporkan berkata penahanan 36 warganegara Bangladesh itu dilakukan menerusi tiga fasa operasi keselamatan terancang di sekitar Selangor dan Johor bermula 24 April lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Bangladesh
#fahaman ekstremis
#SOSMA
#Ketua Polis Negara
#Mohd Khalid Ismail
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan