awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ambil upah menebang maut tersangkut atas pokok

Bernama
Bernama
13/02/2021
08:41 MYT
Warga emas ambil upah menebang maut tersangkut atas pokok
Mangsa yang mengambil upah menebang pokok tersebut, dipercayai pengsan dan tersangkut pada dahan pokok. - Gambar hiasan
KOTA BHARU:Seorang warga emas ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia, dalam keadaan tersangkut pada ketinggian kira-kira lapan meter di dahan pokok semarak berhampiran rumahnya di Tanjung Mas di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa Pegawai Bomba Kanan II Rusli Muhammad berkata Zakaria Adam, 62, ditemukan terkulai di dahan pokok berkenaan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.40 pagi.
"Sebaik menerima panggilan, sepasukan tujuh anggota bersama dua jentera digegaskan ke lokasi sebelum tiba lapan minit kemudian. Kami dimaklumkan bahawa mangsa yang mengambil upah menebang pokok tersebut, pengsan dan tersangkut pada dahan pokok.
"Sebaik diturunkan anggota bertindak memberikan rawatan awal namun didapati tiada tindak balas. Sepasukan kakitangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) yang membuat pemeriksaan di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abd Rahim Daud ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#meninggal dunia
#atas pokok
#cari rezeki
#ambil upah
#tebang pokok
#Pengkalan Chepa
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan