awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah

Sinar Harian
Sinar Harian
14/11/2023
09:15 MYT
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Lelaki berusia 60 tahun itu telah dijatuhkan hukuman denda RM3,200 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut. - Gambar hiasan
RAWANG: Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Pengurus Perkeso Rawang, Khairul Mizan Md Said, lelaki berusia 60 tahun itu dikesan melakukan perbuatan tersebut lapan tahun lalu bagi tujuan mendapatkan Faedah Pencen Ilat lebih RM137,000.
Menurutnya, pencen tersebut dibayar secara bulanan sebanyak RM1,625 sejak 2015 hingga November tahun lepas
"Pada prosiding hari ini (Selasa), tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang telah dibacakan di hadapan Majistret Chai Guan Hock.
"Dia telah dijatuhkan hukuman denda RM3,200 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut, " katanya pada Selasa.
Katanya, lelaki berkenaan melakukan kesalahan bawah Seksyen 93(a), Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969( Akta 4) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 93 akta yang sama.
Tambahnya, pendakwaan telah dilakukan oleh Rosalizal Brahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Jelasnya, hasil siasatan mendapati tertuduh mengaku pencen ilat yang didaftarkan di Perkeso Rawang menggunakan khidmat ejen dengan bayaran RM15,000.
"Perkeso memberi amaran keras kepada semua pekerja untuk menggunakan saluran yang betul dalam mengemukakan tuntutan.
"Perkeso tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk menguruskan pemberian faedah kepada pekerja yang layak," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tuntutan palsu
#perkeso
#pencen ilat
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan