awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas cedera, pokok durian tumbang timpa rumah

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
10/07/2021
16:00 MYT
Warga emas cedera, pokok durian tumbang timpa rumah
Pokok durian dianggarkan berusia 50 tahun itu tumbang dan menimpa lelaki berusia 63 tahun yang ketika itu berada di bahagian dapur rumah. - Foto ihsan ADUN Bayan Lepas
BAYAN LEPAS: Seorang lelaki warga emas cedera selepas rumahnya ditimpa sebatang pokok durian yang tumbang dalam kejadian di Gertak Sanggul, Pulau Pinang pada Sabtu.
Pokok durian dianggarkan berusia 50 tahun itu tumbang dan menimpa lelaki berusia 63 tahun yang ketika itu berada di bahagian dapur rumah.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 2.15 petang ketika angin kencang.
"Penghuni rumah Tan Liang Sin berada di bahagian dapur rumahnya dan dia dilaporkan hanya cedera ringan namun stor dan dapur rumahnya rosak ditimpa pokok," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri memaklumkan, kejadian membabitkan sebatang pokok durian tanpa buah setinggi kira-kira enam meter dengan ukur lilit dua meter.
"Bomba yang menerima panggilan pada jam 2.40 petang membuat kerja-kerja pemotongan batang pokok dan memastikan dalam keadaan selamat.
"Operasi turut dibantu oleh pasukan bomba sukarela berdekatan sebelum operasi itu ditamatkan pada jam 5.08 petang,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#pokok durian tumbang
#warga emas
#cedera
#Gertak Sanggul
#pulau pinang
#Azrul Mahathir Aziz
#Tan Liang Sin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan