awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason
Suspek tembakan Kanada dikenal pasti remaja perempuan berusia 18 tahun
Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas dibenar solat berjemaah mulai Sabtu ini - Raja Muda Perlis

Bernama
Bernama
18/06/2020
16:22 MYT
Warga emas dibenar solat berjemaah mulai Sabtu ini - Raja Muda Perlis
Setiap Jemaah dikehendaki menjalani pemeriksaan suhu badan, memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri untuk menunaikan solat ketika tinjauan Solat Jumaat di Masjid Al Hussain, Kuala Perlis. - BERNAMA
Perlis memberi kelonggaran jemaah berumur 60 tahun ke atas menunaikan solat Jumaat dan solat lima waktu bermula Sabtu ini (20 Jun).
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) itu dibuat setelah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
"Setelah mengambil kira keadaan dan suasana terkini fasa pemulihan penularan pandemik COVID-19 serta pengekalan 72 hari tanpa penambahan kes positif baharu sejak 7 April di negeri Perlis, makabaginda (Raja Perlis) berkenan memberi kelonggaran," titah baginda menerusi satu kenyataan malam ini.
Baginda bertitah selain itu, kelonggaran turut diberikan kepada pesakit kencing manis, darah tinggi, lelah, penyakit barah dan sebagainya dengan syarat sihat tubuh badan.
"Memandangkan kelonggaran tersebut, maka SOP jarakan sosial dua meter dikekalkan namun pengurangan jarak bakal dipertimbangkan secara berperingkat," titah baginda.
Titah baginda, kuliah maghrib dan subuh dibenar untuk dilaksanakan seminggu sekali selama 30 minit oleh guru takmir yang akan diselaraskan pelaksanaannya oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah pemakaian kebenaran ini adalah terhad kepada masjid di seluruh negeri Perlis sahaja dan tidak melibatkan surau.
"Sebagai manusia, kita hendaklah sentiasa bergantung harap kepada Allah SWT dan janganlah mudah alpa serta hendaklah bersiap siaga menghindari ujian ini daripada berulang mendatangi kita. Semoga segala usaha dan ikhtiar kita diperkenankan oleh Allah SWT," titah baginda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Perlis
#PKPP
#Raja Muda Perlis
#Sabtu
#solat berjemaah
#Solat Jumaat
#solat lima waktu
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan