awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perjelas isu pam diesel 'angin' susulan video tular
GSF 2.0: Pelayar nekad berusaha bolos sekatan di Gaza - ZRA
Bekas Menteri Luar Iran kritik pendekatan AS selepas rundingan gagal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas diberi layanan khas sebelum meninggal dunia semasa urusan di JPJ Bangi

Bernama
Bernama
15/09/2021
05:48 MYT
Warga emas diberi layanan khas sebelum meninggal dunia semasa urusan di JPJ Bangi
Kenyataan JPJ hari ini memaklumkan suhu badan lelaki berusia 76 tahun itu semasa memasuki premis adalah normal dan status MySejahtera juga menunjukkan vaksinasi mangsa telah lengkap.
KUALA LUMPUR: Warga emas yang meninggal dunia di kerusi ruang kaunter menunggu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Bangi di Bandar Baru Bangi dekat sini semalam, telah diberikan layanan khas tanpa perlu beratur untuk berurusan.
Kenyataan JPJ hari ini memaklumkan suhu badan lelaki berusia 76 tahun itu semasa memasuki premis adalah normal dan status MySejahtera juga menunjukkan vaksinasi mangsa telah lengkap.
"Lelaki itu dibawa ke kerusi ruangan menunggu pelanggan sebelum dipanggil untuk melaksanakan urus niaga JPJ dan semasa di ruangan menunggu, mangsa dikatakan secara tiba-tiba tidak sedarkan diri.
"Sebuah ambulans bersama pasukan paramedik yang tiba dan memeriksa mangsa mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia. Mayat beliau kemudian dihantar ke Hospital Kajang untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.
Media semalam melaporkan seorang lelaki ditemui meninggal dunia di kerusi ruang menunggu kaunter JPJ cawangan Bangi dan kejadian tersebut tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 10.21 pagi semalam dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ Bangi
#warga emas meninggal dunia
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#Banfar Baru Bangi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan