awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas disyaki dibunuh menggunakan cangkul

Bernama
Bernama
30/11/2025
15:22 MYT
Warga emas disyaki dibunuh menggunakan cangkul
Seorang warga emas ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh dengan menggunakan cangkul di sebuah rumah di Kampung Koh, Manjung hari ini. - Foto Sinar Harian
IPOH: Seorang warga emas ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh dengan menggunakan cangkul di sebuah rumah di Kampung Koh, Manjung hari ini.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata mayat lelaki berusia 78 tahun itu ditemukan di ruang tamu oleh ahli keluarga pada 12 tengah hari.
"Mangsa ditemukan dalam keadaan telentang dan berlumuran darah akibat kecederaan pada bahagian kepala dan muka.
"Pihak polis turut menjumpai sebatang cangkul terdapat kesan darah disyaki senjata digunakan suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hasbullah berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dan bedah siasat mengesahkan punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan tumpul dan tajam pada kepala.
Siasatan lanjut termasuk motif kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta orang awam mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Azalan Ab Karim menerusi talian 019-3927837, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung 05-688 6222 atau hotline WhatsApp 017-6828005 untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#dibunuh
#CANGKUL
#Polis Daerah Manjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan