awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh selepas disamun

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
01/10/2023
22:15 MYT
Warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh selepas disamun
Mayat mangsa kemudian dihantar ke HSB, Alor Setar untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa. - Foto PDRM
BALING: Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan dalam keadaan leher dijerut serta tangan dan diikat di sebuah rumah di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam yang menemui seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 3 petang.
Beliau berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah, Baling dikejarkan ke lokasi.
"Mayat mangsa ditemui di atas katil di bilik utama di dalam rumah terbabit.
“Hasil semakan kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di rumah jiran mangsa terlihat kelibat dua orang lelaki tidak dikenali keluar dari rumah lalu menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna gelap," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Shamsudin berkata, hasil siasatan mendapati mangsa berusia 71 tahun itu tinggal bersendirian di rumah itu selepas kematian isterinya kira-kira lapan tahun lalu.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati barangan milik mangsa iaitu seutas rantai emas, sebentuk cincin dan dompet milik mangsa tiada.
"Siasatan awal polis kejadian dipercayai bermotifkan samun namun siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan dua suspek terbabit,” jelas Shamsudin.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sehubungan itu, Shamsudin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi IPD Baling di talian 04-4708222 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Tan See Yean di talian 019-6687687.
Topic Berkaitan
#warga emas disamun
#warga emas dibunuh
#Shamsudin Mamat
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan