awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditemukan maut disyaki dibunuh

Bernama
Bernama
26/10/2024
07:10 MYT
Warga emas ditemukan maut disyaki dibunuh
Pegawai forensik memeriksa mayat seorang lelaki warga emas disyaki dibunuh yang ditemukan di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Klebang di Ipoh, semalam. - Foto Bernama
IPOH: Mayat seorang lelaki warga emas disyaki dibunuh ditemukan di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Klebang di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat penemuan mayat warga tempatan berusia 64 tahun itu pada pukul 6.13 petang daripada orang awam.
"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati lelaki itu ditemukan dalam keadaan terbaring, tanpa kesan kecederaan di tubuhnya dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata susulan itu seorang wanita tempatan berumur 24 tahun ditahan semalam bagi membantu siasatan dan perintah reman diperoleh selama seminggu ke atas suspek bermula hari ini.
"Wanita itu tiada rekod jenayah dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca serta suspek lain dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.
"Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat memberi keterangan kepada pegawai penyiasat, ASP Sukjit Singh di talian 019-5505536 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas maut
#kes bunuh
#Klebang
#manjoi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan