awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
Konflik Asia Barat: Iran kemuka cadangan akhiri perang, tolak gencatan senjata sementara - IRNA
Kerajaan gabungan baharu Thailand angkat sumpah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam belukar di Pengkalan Batu

Astro AWANI
Astro AWANI
06/04/2026
12:47 MYT
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam belukar di Pengkalan Batu
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berusia 78 tahun itu ditemukan ahli keluarga terbaring dalam belukar tidak jauh dari motosikalnya pada kira-kira 1.40 tengah hari tadi. - Foto Sinar Hari

Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dalam belukar di Pengkalan Batu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berusia 78 tahun itu ditemukan ahli keluarga terbaring dalam belukar tidak jauh dari motosikalnya pada kira-kira 1.40 tengah hari tadi.

Beliau berkata saksi kejadian memaklumkan penemuan itu kepada pihak polis serta hospital.

"Menantu perempuan mangsa memaklumkan mangsa tidak pulang ke rumah di Rumah Awam Fasa Dua, Pulau Gadong, Klebang Besar selepas keluar dari rumah sejak semalam dengan menaiki motosikal.

"Keluarga mangsa cuba mencari mangsa sebelum mayatnya ditemukan seorang daripada ahli keluarga dalam belukar di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Christopher berkata anak lelaki mangsa memaklumkan bapanya itu sebelum ini sering ke kawasan belukar berkenaan, namun semalam mangsa memberitahu hendak ke Jasin dan tidak pulang ke rumah hingga hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan fizikal ke atas mayat mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Melaka
#Pengkalan Batu
#mayat
#meninggal dunia
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan